Dengan penuh kesederhanaan diiringi dengan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Nya, segalanya berjalan dengan lancar. Majlis akad nikah Yaya dan Boy telah selamat berlangsung di Masjid Al-Ansar AU2 Taman Keramat pada hari Jumaat, 11 December. 2008. Tenang.
Sekalipun dengan pemergian ayahanda tercinta pada 19 November yang lalu, majlis akad nikah Yaya dan Boy tetap dilangsungkan seperti yang diamanatkan oleh Allahyarham dengan penuh kemeriahan berserta dengan kehadiran sanak saudara serta sahabat handai melengkapi majis yang sungguh bermakna.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja oleh Boy, Yaya kini bergelar seorang isteri yang sah, walaupun perasaan berdebar-debar ketika melafazkan akad nikah dihadapan kadi, wali dan puluhan tetamu yang hadir. Kesedihan dan kegembiraan terpancar di wajah kedua-dua ibu pasangan pengantin taktala anak-anak mereka berjaya disatukan secara rasmi.
Semoga dengan ikatan rasmi yang telah diikat, akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan selamat mengharungi bahtera rumah tangga.
Selamat Pengantin Baru Yaya dan Boy..
No comments:
Post a Comment